Make your own free website on Tripod.com

Titian Vital

SMK  Tat Beng Sg. Nyior.

AFILIASI

 

PENGETAHUAN SULUH KEHIDUPAN
Cogan kata yang melambangkan bahawa pengetahuan merupakan asas yang kukuh

untuk hidup bahagia.

WARNA
a) PUTIH  - Kepercayaan teguh kepada tuhan
b) MERAH- Melambangkan ketrampilan pentadbiran sekolah
c) BIRU-  Melambangkan kesetiaan dan kitaan di kalangan ahli keluarga SMKTB

OBOR
Melambangkan ilmu yang sentiasa berkembang

GELANG
Melambangkan perpaduan dan kecemerlangan dalam bidang sukan

PIAGAM PELANGGAN

Mewujudkan budaya ilmu yang cemerlang
Memberikan peluang pendidikan yang sebaiknya kepada semua pelajar.
Memastikan staf yang mencukupi,berdedikasi, produktif dan bertanggungjawab.
Menyediakan persekitaran dan kemudahan yang sesuai untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
Memupuk sahsiah pelajar supaya berdikari, dinamik, produktif, inovatif dan berakhlak.
Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan pelawat.

VISI
SMK Tat Beng ke arah kecemerlangan Ilmu, Kemahiran dan Sahsiah sebelum tahun 2010.

MISI
Melahirkan pelajar yang cinta kepada sekolah
Melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, dan berakhlak untuk keperluan negara.
Memupuk keharmonian di kalangan warga sekolah.
Mewujudkan iklim pembelajaran yang memberangsangkan.
Menggilap potensi diri pelajar.

 FALSAFAH SEKOLAH
Sentiasa patuh kepada tuhan.
Mempunyai azam dan wawasan.
Kekalkan budaya gemilang.
Taat kepada peraturan dan undang-undang.
Berilmu, beramal dan beriman.

BUDAYA SEKOLAH
Rajin berusaha
Berilmu dan Beramal.
Bersih dan Ceria.

 

 

MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan pelajar Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera
Menyediakan sumber manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang pendidikan kepada warganegara Malaysia.