Make your own free website on Tripod.com

Titian Vital

SMK  Tat Beng Sg. Nyior.

 

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Sepantai Kasih Seribu Sayang

 

 

PENGETUA kami..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


                
Dewasa ini, istilah dan perkara-perkara berkaitan industri teknologi maklumat dan telekomunikasi merupakan topik biasa yang sering diperkatakan oleh segenap lapisan. Pendek kata ia telah menjadi satu topik hangat dan menjadi semakin relevan apabila idea Koridor Raya Multimedia (MSC) serta Sekolah Bestari menjadi kenyataan.

              Atas hasrat itu jugalah, kami di SMK Tat Beng mengambil inisiatif menyahut cabaran bergerak bersama membangunkan sebuah laman web sekolah yang dinamakan sebagai 'Titian Vital' . Alhamdulillah, usaha ini meletakkan warga SMKTB melangkah setapak lagi seiring dengan aspirasi menjadikan kita komuniti yang berilmu. Melalui aspirasi ini kami di sini berusaha meningkatkan kemahiran ICT sejajar dengan usaha merealisasikan hasrat menjadikan negeri Perak sebuah negeri yang berasaskan ilmu. Semoga Titian Vital ini menjadi satu pemangkin yang mencetuskan inspirasi untuk warga SMKTB merealisasikan hasrat negara.

               Penghasilan Titian Vital SMK Tat Beng yang julung kali dihasilkan ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan terus berkembang dalam usaha menghadapi dunia globalisasi serta memartabatkan mutu pendidikan ke taraf dunia. Semoga budaya perkongsian maklumat ini memberikan impak besar dalam menjana pendidikan berkualiti.
Sekian, terima kasih.

 

PK PENTADBIRAN kami..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya saya diberi peluang untuk mencoret sepatah dua kata untuk Titian Vital SMK Tat Beng yang julung-julung kalinya telah dihasilkan. Tahniah kepada semua yang terlibat khasnya guru yang telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah yang telah dapat menyempurnakan amanah yang diberi. Manfaatkanlah segala ilmu yang telah dituntut demi kecemerlangan umat. Kepada seluruh warga sekolah, sememangnya kita tidak boleh ketinggalan dalam persaingan dunia IT dan alam Siber yang semakin canggih. Kita harus menyediakan diri untuk menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global dan sebagainya. Kita juga kena menyediakan anak-anak didik kita dengan segala bentuk ilmu dan kemahiran sebagai bekalan mereka meneruskan perjuangan memartabatkan rakyat Malaysia kemartabat yang lebih tinggi.
               Oleh sebab itulah budaya perkongsian pintar, kemahiran dan pengalaman di kalangan warga pendidik sangat diperlukan. Budaya ini seharusnya dipupuk di peringkat sekolah. Saya sebagai Guru Penolong Kanan dapat merasakan budaya ini sudah menyerlah di sekolah kita dan berharap akan terus berkembang demi kepentingan anak-anak didik kita.
Sekian, terima kasih.